Serah tubuh syarat bebas suami
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
mriduwan@hmetro.com.my
MELAKA: Seorang kakitangan sebuah bank di negeri ini mendakwa diperdaya
seorang lelaki warga asing yang memaksanya melakukan hubungan seks
sebagai balasan bagi membebaskan suami yang kononnya diculik.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa pada 8 Oktober lalu, wanita
berusia 27 tahun itu mendakwa dirogol dan dipaksa
melakukan seks oral oleh
lelaki berkenaan selepas mengikuti suspek, 29, yang kononnya mahu
membantunya
mencari suaminya.
Menurut sumber, sehari sebelum kejadian (7 Oktober), mangsa
mendakwa dia
dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga
asing itu yang juga rakan
suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum suaminya
menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi kereta.
“Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan
menelefonnya bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut
kerana sepatutnya dia bersama kenalannya itu.
“Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya
menyatakan suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk
membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan.
“Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan
berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju
mengikuti lelaki berkenaan,”
.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan, wanita itu mendakwa lelaki
berkenaan mengherdiknya selain mengaku dia yang menculik suami
mangsa dan disembunyikan di rumahnya di Bukit Beruang.
Katanya, wanita itu mendakwa kemudian dibawa ke rumah suspek
sebelum dipaksa melakukan seks oral dan dirogol dengan ganas
hingga mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah pahanya
sebagai balasan membebaskan suaminya.
“Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat
bentuk tubuhnya
hingga mahu melakukan hubungan seks.
“Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian menahan
lelaki warga asing berkenaan di rumahnya di Bukit Beruang Utama
beberapa hari selepas itu.
Sumber berkata, kejadian culik itu dipercayai tidak berlaku dan suami
mangsa pulang ke rumah keesokan harinya dan ketika kejadian,
dia berada di tempat lain.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negeri,
Datuk Chuah Ghee Lye,
mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, warga asing itu turut membuat laporan berasingan kelmarin
mendakwa wanita itu dan suaminya mereka-reka cerita kerana
gagal memeras wang daripadanya.

No comments:
Post a Comment